Monday, December 28, 2009

Nasi Lemak

Pagi yang rajin, sarapan buat nasi lemak dengan sambal sotong, sambal sardin, bilis goreng & telur rebus.

Sambal Ayam

Sambal Ayam.....nak panggil ayam pedas pun boleh....masakan yang simple juga, sedap dimakan dengan nasi yang masih panas2 gitu.



Sambal Ayam .....macam masak sambal tumis, tapi berkuah skit.

Bahan
7-8 ketul ayam - letak garam kunyit dan goreng, ketepikan
cili kisar - ikut kepedasan
1 sudu cili sos
1/2" halia
2 labu bawang besar - sebiji dipotong bulat dan sebiji lagi blen/tumbuk
air asam jawa
garam secukup rasa.

Cara membuatnya

1. Panaskan minyak, tumis cili dan bawang yang diblender hingga naik minyak/cili masak. Biar mereneh sebentar.
2. Masukkan cili sos, garam dan sedikit air jika nak ianya berkuah dan bawang besar yang dipotong bulat.
3. Akhir sekali masukkan ayam dan biarkan beberapa minit diatas api.
4. Siap untuk dihidangkan.
2.

Tuesday, December 22, 2009

Perabih daging korban

Salam semua....harap semua dalam keadaan sejahtera semua.
Masakan 2 minggu lepas baru nak masukkan entri, bekalan daging dan tulang korban dari kampung masih ada jadi buatlah apa yang patut....janji habis.


Sup Tulang


Daging dan jantung goreng berkicap, resipi yang sangat sempoi.

Daging dan jantung goreng kicap.

Bahan

Daging
Jantung
1/2" halia - tumbuk
1/2 sudu teh lada hitam - tumbuk
3 ulas bawang putih - tumbuk
kunyit serbuk
garam
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 biji bawang besar - potong bulat
1 biji cili hidup - belah 2
minyak masak - secukupnya

Cara membuatnya:

1. Daging dan jantung tadi dipotong nipis, gaul dengan garam kunyit.
2. Masakkan atas kuali hingga kering air daging dan jantung tadi, masukkan minyak masak dan bahan tumbuk tadi.
3. Kacau sebentar bahan tadi beberapa minit supaya bahan tumbuk tadi sebati, masukkan kicap dan sos tiram, nak tambah kicap pun boleh tapi kena kurangkan garam.
4. kacau sebentar masukkan bawang besar diikuti cili merah tadi.
5. Siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba.

Wednesday, December 16, 2009

Kek Chiffon Pisang

Salam ceria.....suka tak makanan yang berasaskan pisang, kalau saya memanglah suka tak kisah la cekodok pisang ka, goreng pisang ka ...pisang muda yang dibuat gulai pun saya suka. N3 hari ni semestilah yang berkaitan dengan pisang juga...Kek Chiffon pisang, macam kek Chiffon biasa cuma ada tambahan pisang dan juga serbuk santan.










Banana Chiffon Cake
Sumber: perantaukitchen.fotopages.com

Bahan A
7 biji putih telur
3 oz gula halus
1 sudu teh jus lemon

B
7 biji Kuning telur
4 oz gula halus
7 oz tepung naik sendiri -
3 oz minyak masak
3 oz Air
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
2 sudu besar serbuk santan
2 bijik pisang montel - lecekkan

Caranya:

1) Kacau semua bahan B kecuali tepung naik sendiri.selepas semua sebati masukan tepung kacau lagi,
2) Pukul bahan A sampai bertanduk (jangan letak gula berlebihan nanti putih telur susah nak ringan)Ketepikan.
3)Lepas tu masukkan kedalam adunan B sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan guna spatula satu arah sahaja. masukan dalam loyang berlubang dan bakar 180'cs ampai masak (lebih kurang 40 minit).

Nota: semasa mengacau pastikan
1.Kacau perlahan dengan satu arah
2.Pastikan semua putih telur tergaul kalau tidak bila kita masak ada ketulan putih jadi bila kita potong kek tu jadi tak halus dan tak cantik

Tuesday, December 15, 2009

Mana satu pilihan anda

dapat dari email....

interesting!

Apa jawapan anda???


Ada sebuah syarikat besar yang sedang mencari pekerja. Dalam ujian bertulisnya, mereka hanya memberikan satu kes untuk dijawab:

"Anda sedang memandu motosikal di tengah malam gelap gelita dan hujan lebat di sebuah daerah yang penduduknya sedang dipindahkan semuanya kerana bencana banjir. Pemerintah setempat hanya boleh memberikan bantuan sebuah bas yang saat ini juga sedang mengangkut orang-orang ke kota terdekat. Saat itu juga Anda melewati sebuah perhentian bas di kawasan itu. Diperhentian bas itu, Anda melihat 3 orang yang merupakan orang terakhir dikawasan itu yang sedang menunggu kedatangan bas:

* seorang nenek tua yang sakit
* seorang doktor yang pernah menyelamatkan hidup Anda sebelumnya
* seseorang yang selama ini menjadi idaman hati Anda

Anda hanya boleh mengajak satu orang untuk membonceng Anda. Siapakah yang akan Anda ajak? Dan, jelaskan jawaban Anda mengapa Anda melakukan itu!"

Sebelum Anda menjawab, ada beberapa hal yang perlu Anda pertimbangkan:

- Seharusnya Anda menolong nenek tua itu dulu kerana dia sudah tua dan sakit. Jika tidak segera ditolong akan meninggal. Namun, kalau difikir-fikir, orang yang sudah tua memang sudah mendekati ajalnya. Sedangkan yang lainnya masih sangat muda dan harapan hidup ke depannya masih panjang.

- Doktor itu pernah menyelamatkan hidup Anda. Inilah saat yang tepat untuk membalas budi kepadanya. Tapi, kalau difikir, kalau sekadar membalas budi,waktu lain boleh juga kan? Namun, kita tidak pernah tahu bila kita akan mendapatkan kesempatan itu lagi.

- Mendapatkan idaman hati adalah hal yang sangat menyeronokkan. Jika kali ini Anda tidak ambil peluang, mungkin Anda tidak akan ketemu dia lagi. Dan, impian Anda akan kandas selamanya.

Jadi yang mana yang Anda pilih?

Dari sekitar 2000 orang pemohon, hanya 1 orang yang diterima bekerja di perusahaan tersebut. Orang tersebut tidak menjelaskan jawabannya, hanya menulis dengan singkat:

"Saya akan memberikan kunci motorsikal saya kepada sang doktor dan meminta dia untuk membawa nenek tua yang sedang sakit tersebut untuk ditolong segera. Sedangkan saya sendiri akan tinggal di sana dengan sang idaman hati saya untuk menunggu ada yang kembali menolong kami."

Ya, jawaban di atas adalah jawapan yang terbaik bukan? Tapi, kenapa sebahagian besar hal tersebut tidak kita fikirkan sebelumnya? Apakah kerana kita terbiasa dengan tidak mahu untuk melepaskan apa yang sudah kita dapatkan di tangan dengan susah payah? Dan, bahkan berusaha meraih sebanyak-banyaknya?

Terkadang ..., dengan rela untuk melepaskan sesuatu yang kita miliki, melepaskan kedegilan kita, mengakui segala kekurangan yang kita miliki dan melepaskan semua keinginan kita untuk sesuatu yang lebih mulia, kita akan mendapatkan sesuatu yang jauh lebih besar.

Kek Lapis Karamel

Kek berlapis dengan karamel.....bahan tak banyak tapi cara2 nak buat tu nampak macam remeh sikit la, tapi hasilnya amat puas hati. Resipi dari buku masakan mak.







Kek Lapis Karamel

Lapis pertama
Cairkan 2 sudu besar gula (jadikan gula hangus) dan masukkan kedalam loyang size 10" x 10". ketepikan

Lapis ke 2
1 tin besar susu cair
150gm gula castor
5 biji kuning telur
1 sudu teh vanilla
Cara membuatnya
• Pukul/kacau semua bahan diatas sehingga gula larut.
• Tapiskan keatas lapisan bawah tadi ( lapisan gula hangus ).

Lapis ke 3

Bahan A
180gm tepung gandum
150gm gula castor
170gm air
1 sudu baking powder
5 biji kuning telur
90gm minyak sayur

• Campurkan semua bahan diatas dan pukul dengan kelajuan rendah sahaja. Pukul hingga rata.

Bahan B
10 biji putih telur
150gm gula castor
2 sudu teh jus lemon

• Pukul putih telur, masukkan gula dan pukul lagi sehingga kembang.
• Masukkan pula jus lemon dan pukul lagi sehingga pekat dan kental
• Campurkan adunan(A) sedikit demi sedikit dan kacau dengan perlahan.
• Tuangkan keats adunan lapisan kedua tadi.
• Bakar dengan kaedah steam bake dengan suhu 180 selama 1 jam/sehingga masak.

Nota tambahan
o Suamkan dulu sebentar kek sebelum ianya diterbalikkan.
o Cara keluarkan kek adalah dengan terbalikkan loyang tadi keatas papan kek.

Selamat mencuba.

Sunday, December 13, 2009

Gulai talang kering dengan daun kaduk.

Salam pagi isnin, apa khabar ..moga semua dalam keadaan sejahtera selalu hendaknya..(macam ayat karangan ..hehehhe).
Gulai daun kaduk ni sebenarnya tak bertumis, dimasak macam masak lemak tu tapi menggunakan rempah kari...boleh juga ditumis darat. Daun tu elok lah dicelur terlebih dahulu supaya hilangkan sikit rasa pahit2 tu..Kalau dikampung selalunya dibuat dengan dengan ikan haruan kering....fuh sedapnya. Tak dak sukatan metrik main letak ikut sesedap rasa.


Daun Kaduk - rupa macam daun sireh sikit kan.


Gulai Talang kering dengan daun kaduk.


Resipi lebih kurang camni lahhh..

Bahan2

secekak daun kaduk - celur dulu, untk hilangkan pahit2..kalau suka pahit tak yah sesusah celur lah
1 1/2 sudu besar rempah kari ikan
3 ulas bawang merah - tumbuk
halia - tumbuk
santan cair
santan pekat
asam keping
garam secukup rasa
asam gelugur - sekeping cukup lah
Ikan talang - guna tulang lagi sedap.


Cara membuatnya:
1. Masukkan rempah kari, santan, asam keping ikan talang dan juga halia serta bawang merah.
2. Masak semua bahan sehingga agak rempah tu mesra dan mendidih...kira macam rempah tu dah masak boleh la masukkan daun kaduk dengan santan pekat.
3. Kacau sebentar, masukkan garam dan sesuaikan rasa,
4. Sedia untuk dihidangkan.

Nota:
Boleh juga ditumis darat.

Thursday, December 3, 2009

Mee Banjir Udang Mak Teh - Kuala Sepetang




ais kacang sampai dulu


Sepinggan Mee Udang.
Mee Udang Laut - RM 10 (ada 10 ekor udang)
Mee Udang bela - RM 6 (12 ekor udang yang saiznya kecik skit dari udang laut)


Kulit udang...

Lama dah teringin nak makan kat sini, ya lah semenjak keluar iklan dalam majalah 3 dulu tu...baru ni saja berkesempatan singgah tika dalam perjalanan balik ke utara. Dari segi rasa ok lah tapi servis tu agak slow sangat, nak mintak pinggan tambah pun kena duk ulang 2-3 kali habaq.....lalat pun agak banyak, bau kulit udang kot gamaknya. Menu semua berasaskan udang jadi sapa2 yang ada resdong tu agak2 la nak makan ya...hehhehe.

Guratan Makaroni







Guratan Makaroni, amat mudah disediakan dan amat membuka selera anak2 kalau buat masakan ni. Resipi dari Zana (berjiran seksyen dengan zana ni kat BBB).

Guratan makaroni (gratin)

Bahan bahan

Makaroni - agak2 la , rebus sampai lembut dulu yek (saya buat dalam lyang 8 x 8").
500 ml susu
2-3 sudu tpg gandum ( 3 sudu keras dan boleh potong letak pinggan tapi lebih yummy klu lembik so guna dlm 1 atau 2 sdb je tpg gandum utk 500 ml susu)
bwn besar 1 labu
serbuk lada hitam
garam gula sesedap rasa
udang or any other sea food kalau mau
ayam pun boleh juga
karot or any other vege yang suka
cheese - cheddar/mozarella

Cara membuatnya:

Cairkan butter dlm pan then tumis bwg besar hingga naik bau...then masuk ayam/minced beef or seafood, kacau rata seketika then masukkan susu dan kacau rata. bancuh tpg gandum dgn skit air dan tuang ke dlm pan. perasakan dgn lada itam, garam, gula or any perisa yang nak letak. lastly masukkan macaroni dan kacau rata. tuang ke dlm loyang then tabur parutan keju samada mozarella or cheddar, klu malas amik je cheese slice tu taruk atas . bakar/grill dlm preheated oven at 180 for 10-20 minit.

Wednesday, December 2, 2009

Nasi Daging Utara


Nasi, acar timun dengan air asam.


Masih dalam periuk


Siap sedia untuk dimakan.

Nasi Daging macam ni cukup popular kat utara, Syarat2 wajib yang mesti untuk dimakan dengan Nasi ni mestilah ada ayaq asam....nak lagi kawww boleh tambahkan kerisik kat dalam ayaq asam tu dan hirisan bawang merah dengan tomato...tapi kalau nak guna bawang besaq pun boleh juga....tak salah apa2. Resipi ni saya ambik dari tokei kek Sg. Dua Ana@Suzana Rahman . Kalau musim3 Raya Korban pun dimasak macam ni juga cuma nasi tu tak la berkaler sangat dan tak dibenamkan daging dalam tu.

Nasi Daging Utara

1 kilo daging...dipotong 4 segi agak besar dan di rebus hingga lembut
1 kilo beras basmathi...bersih dan toskan
Air rebusan daging di sukat bersamaan dgn sukatan beras basmathi...
1/2 cawan susu cair...
1/2 cawan minyak masak
3 s/b minyak sapi
1 tin tomato sup Kimball - letak tomatos sos botol 3 sudu
3 s/b rempah nasi daging...boleh beli kedai mamak rempah...kalau tak de boleh guna rempah kurma - cheq guna rempah kurma
1 sudu kecil rempah sajira - rempah ni mmg susah nak dapat...tapi boleh tanya kedai mamak yg jual rempah...mesti ada punya...kalau x ada tak yah masuk sedikit gula batu dan garam secukup rasa - tak masukkan pun
sedikit kismis dan bawang goreng untuk taburan

Bahan tumis :-

4 sekawan - kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan Pelaga
sedikit daun ketumbar - untuk wangikan nasi
3 helai daun pandan
1 batang serai - diketuk

1 labu bawang besar - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar

Cara :
1. Panaskan minyak masak dan masukkan minyak sapi
2. Tumis 4 sekawan, daun ketumbar, daun pandan dan halia
3. Masukkan bahan yang dikisar
4. Masukkan rempah yang dibancuh dgn sedikit air...kacau biar wangi
5. Masukkan air rebusan daging yg tlh disukat, tomato sup dan daging yang tlh lembut
6. Setelah air mendidih, masukan gula batu dan garam secukup rasa dan baru masukkan susu cair
7. Masukkan beras dan kismis. Masak dgn rice cooker untuk nasi masak sekata..
8. Gemburkan nasi...boleh ambil daging yg tertanam dalam nasi untuk dicicah bersama air asam

Hiasan dgn taburan bawang goreng dan boleh dimakan dgn dalca dan air asam.
Related Posts with Thumbnails